Monday, November 22, 2010

KEPADA SEMUA WARGA JELAWAT,BACHOK KAMI DI TANAH JELAWAT JUGA MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN BERKAITAN HARTANAH

  ANTARANYA :

- PIHAK KAMI SEDIA MEMBELI & MENJUAL HARTANAH ANDA
- URUSNIAGA KONTRAK MENGURUS DAN MEMBINA RUMAH
- URUSNIAGA PECAH LOT TANAH/TUKAR SYARAT/PENILAIAN HARTANAH
- URUSNIAGA PEMAJUAN PROJEK HARTANAH (PEMAJU PERUMAHAN ) 

- KAMI JUGA MENERIMA PROJEK USAHASAMA PEMBANGUNAN HARTANAH
( TANAH UNTUK USAHASAMA/JV )
- KAMI JUGA MENYEDIAKAN KHIDMAT NASIHAT BERKAITAN HARTANAH SECARA PERCUMA
- SEBARANG PERTANYAAN UTK KETERANGAN LANJUT,SILA HUBUNGI KAMI :
013-9141686,019-4426717,019-9953451,017-5001367
( ANAK-ANAK WATAN JELAWAT )

 

Monday, August 30, 2010

PROSES PENYEDIAAN RANCANGAN KAWASAN KHAS ( RKK JELAWAT 2007-2012)

Majlis Daerah Bachok dengan ini mengucapkan Setinggi-tinggi Penghargaan dan Terima Kasih Kepada :
  • Kerajaan Persekutuan
  • Kerajaan Negeri Kelantan
  • Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kelantan
  • Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
  • Jabatan-jabatan Kerajaan
  • Agensi-agensi Swasta
  • SA Planning Services Dan Perunding-Perunding Sokongannya
Semua Yang Turut Terlibat Secara Langsung Atau Tidak Langsung Dalam Menyempurnakan Draf Rancangan Kawasan Khas Jelawat 2007-2012

( Kami warga dari Jelawat sentiasa menyokong cadangan,pelaksaan dan pengurusan projek-projek pembangunan yang akan dibuat di Kawasan Jelawat dengan menjadikannya sebagai suatu rialiti )

Thursday, July 8, 2010

PELUANG UNTUK RAKYAT JELAWAT,BACHOK

SEWA RUMAH KEPADA PELAJAR ( 4/7/2010 - SINAR HARIAN )

UMK alukan pendududuk Pengkalan Chepa, Bachok,Jeli ambil peluang sediakan kediaman..

Universiti Malaysia Kelantan ( UMK ) menyeru penduduk sekitar universiti berkenaan di Pengkalan Chepa,Bachok dan Jeli mengambil peluang menyediakan kediaman sewa kepada pelajar di situ.
Naib Canselor UMK,Prof Datuk Ir Dr Zainai Mohamed berkata, masalah penyewaan rumah secara berkelompok masih menjadi dilema pihak universiti terutama bagi kawasan yang berada berdekatan kampus.
Katanya, mereka yang mempunyai harta seperti tanah atau rumah boleh menawarkan penempatan kepada pelajar bagi memudahkan mereka tinggal untuk menjalani pendidikan.
Rumah sewa ( rumah pelajar ) secara berkelompok ini penyewa boleh minimumkan dalam anggaran 5 rumah kepada premis yang boleh memuatkan 50 penghuni.
Mereka yang mempunyai usaha berkenaan boleh menawarkan kepada pihak universiti.Kata beliau lagi,pada 2011 nanti,memandangkan kampus di Bachok dan Jeli akan dipindahkan kesana, pihak universiti juga turut mahukan penduduk Bachok dan Jeli mengambil peluang awal menyediakan rumah pelajar ( sewa ).

Thursday, May 6, 2010

BACHOK TERUS ALAMI PEMBANGUNAN

JUMLAH penduduk jajahan Bachok pada tahun 2000 adalah 111,040 orang atau 8.5% daripada keseluruhan penduduk negeri kelantan dengan pertambahan penduduk pada kadar 1.09% setahun.
Jalan perhubungan utama jajahan Bachok adalah melalui jalan negeri dan terdapat satu jalan persekutuan ( Kota Bharu - Kuala Terengganu ) yang melalui sebahagian kecil kawasan kajian di bahagian barat ( jajahan mahligai ).
Bandar Bachok merupakan pusat jajahan yang juga pentadbiran dan perkhidmatan manakala Bandar Jelawat merupakan pusat perniagaan utama bagi bandar bachok. lain-lain pusat pertumbuhan adalah seperti Gunong,Pauh Lima,Cabang Tiga melawi dan juga Perupok.
Guna tanah utama kawasan kajian masih bercirikan pertanian iaitu seluas 19,691 hektar atau 72% daripda keluasan jajahan Bachok. Guna tanah pertanian yang penting ialah padi,tembakau,kelapa,buah-buahan dan getah. Kawasan tepu bina yang meliputi kawasan bandar,penempatan,perumahan dan perkampungan pula hanya hanya seluas 4,125 hektar atau 15% daripada keluasan jajahan bachok. Pantai irama adalah salah sebuah kawasan peranginan yang terkenal di Pantai Timur.

Monday, April 26, 2010

RANCANGAN KAWASAN KELANTAN DARUL NAIM

ANTARANYA :

1. DRAF RANCANGAN TEMPATAN JAJAHAN BACHOK - meliputi kawasan majlis daerah bachok
2. DRAF RANCANGAN TEMPATAN JAJAHAN PASIR MAS - meliputi kawasan majlis daerah pasir mas
3. DRAF RANCANGAN TEMPATAN JAJAHAN TUMPAT - meliputi kawasan majlis daerah tumpat dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kelantan Darul Naim bagi luar kawasan PBPT


Kempat-empat Pihak Berkuasa Tempatan berkenaan telah menyiapkan Draf Rancangan Tempatan dan Rancangan Kawasan Khas yang mengandungi cadangan-cadangan perancangan masa hadapan dan pemajuan bagi kawasan masing-masing.

Dengan ini orang ramai adalah dijemput untuk membuat pemeriksaan ke atas Draf Rancangan Tempatan bermula :

19 april 2010 - 24 mei 2010
( selama 5 minggu pada waktu pejabat )




Di tempat-tempat berikut :

1)DRAF RANCANGAN TEMPATAN JAJAHAN BACHOK

a)Pejabat Majlis Daerah Bachok
b)Pejabat Tanah dan Jajahan Bachok
c)Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kelantan,Kota Darulnaim

2)DRAF RANCANGAN TEMPATAN JAJAHAN PASIR MAS

a)Pejabat Majlis Daerah Pasir Mas
b)Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas
c)Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kelantan,Kota Darulnaim

3)DRAF RANCANGAN TEMPATAN JAJAHAN TUMPAT

a)Pejabat Majlis Daerah Tumpat
b)Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat
c)Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kelantan,Kota Darulnaim

Sunday, April 25, 2010

SEJARAH KAWASAN PEKAN JELAWAT-BACHOK

Sejarah
Asal-usul nama Jelawat

Lagenda Jelawat

Pekan Jelawat terletak berhampiran dengan Kampung Mujor dan Kampung Rusa. Mengikut cerita yang tak dapat dipastikan kesahihannya, pada zaman dahulu, pemburu telah datang ke sebuah tempat untuk memburu binatang. Sebelum memburu, mereka telah berselawat di sebuah kawasan yang kemudiannya dikenali sebagai Kampung Jelawat, sempena nama tempat berselawat.

Mujur

Mujur, juga dieja sebagai Mujor, ialah salah satu kampung di dalam jajahan Bachok, Kelantan. Pekan yang terdekat dengan Kampung Mujor ialah Pekan Jelawat dan Kampung Rusa. Mengikut cerita yang tak dapat dipastikan kesahihannya, pada zaman dahulu pemburu telah datang ke sebuah tempat untuk memburu binatang. Sebelum memburu, mereka telah berselawat di sebuah kawasan yang kemudiannya dikenali sebagai Kampung Jelawat, sempena nama tempat berselawat. Mereka kemudiannya berjumpa rusa di kawasan yang sekarang dikenali sebagai Kampung Rusa. Mereka telah mengejar rusa tersebut dan dapat menangkapnya di suatu kawasan sebelum hari gelap. Mereka bersyukur dan mengatakan, "Mujur dapat tangkap rusa sebelum malam". Kawasan itu sekarang dikenali sebagai Mujor.


Mujor adalah 30 kilometer dari Kota Bharu dan 7 kilometer dari Bachok. Kebanyakan pelancong, sama ada pelancong luar atau pelancong tempatan, yang ingin ke Tok Bali, iaitu salah satu pusat perikanan dan pusat peranginan yang paling terkenal di negeri Kelantan, mempunyai dua laluan, iaitu Jalan Kampung Kandis dan Jalan Beris Lalang. Dengan meggunakan Jalan Beris Lalang, pelancong akan melepasi Kampung Mujor, Kampung Alor Pulai, dan Kampung Beris Lalang. Dari Kampung Mujor ke Tok Bali mengambil masa selama 30 minit. Pemburu juga telah memburu badak di kampung Badak, dan badak yang tercedera itu kemudiannya telah ditemui di sebuah tempat yang kini dikenali sebagai Kampung Badak Mati.


Kanak-kanak di Kampung Mujor yang berumur 6 tahun akan dihantar ke Tadika Kemas yang berdekatan. Apabila mereka berumur 7 tahun, mereka akan dihantar ke sekolah rendah yang berdekatan untuk memasuki darjah satu, sama ada Sekolah Kebangsaan Seneng atau Sekolah Kebangsaan Jelawat. Semasa berada di darjah enam, mereka diwajibkan mengambil Ujian Penilaian Menengah Rendah (UPSR). Berdasarkan keputusan UPSR, mereka akan menyambung persekolahan di sekolah menengah yang mereka pilih. Bagi pelajar yang mencatat keputusan yang cemerlang dalam UPSR, mereka akan memohon untuk menyambung persekolahan di sekolah berasrama penuh. Bagi yang mencatat keputusan yang kurang baik, mereka akan menyambung persekolahan di sekolah menengah yang berdekatan, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Jelawat atau Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Perdana.

Dalam Wilayah Pembangunan Pantai Timur (ECER), Kampung Mujor termasuk sebagai kawasan yang akan didirikan Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Ini secara tidak langsung akan meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk Kampung Mujor.


Universiti Malaysia Kelantan

Universiti Malaysia Kelantan (Inggeris: University of Malaysia Kelantan) (UMK) secara rasminya berada dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Ia merupakan institut pengajian tinggi awam yang ke-19 di Malaysia dan memulakan pengambilan pelajar pada awal Jun 2007. Terkini, universiti ini mempunyai tiga buah fakulti dan satu pusat pengajian untuk digunakan oleh para penuntut universiti ini.

Buat masa ini, UMK menumpang di Institut Perguruan Kota Bharu, Kota Bharu, Kelantan. Kampus utama UMK akan terletak di Bachok, manakala kampus cawangannya terletak di Jeli. Kedua-dua kampus tersebut masih dalam peringkat pembinaan dan dijangka siap pada tahun 2012.

Penubuhan universiti awam di Kelantan diumumkan oleh Perdana Menteri, pada 31 Mac 2006 setelah mendapat kelulusan Kabinet pada Jun 2006.

Prof. Dato' Ir. Dr. Zainai Mohamed telah dilantik sebagai naib canselor pertama Universiti Malaysia Kelantan, berkuatkuasa 1 Oktober 2006. Anak kelahiran Kelantan ini merupakan bekas Timbalan Rektor Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

Menjelang Julai 2010, Universiti Malaysia Kelantan dijangka mampu menampung seramai 2,160 pelajar di samping 135 orang kakitangan akademik serta 148 orang kakitangan bukan akademik.

* Fakulti Agro-Industri dan Sumber Asli
* Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan
* Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan
* Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insan

Rancangan Tempatan Jajahan Bachok 2020

PRAKATA

Rancangan Tempatan Jajahan Bachok ini disediakan di bawah peruntukkan Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 (Akta 172) merupakan satu dokumen perancangan dan pembangunan gunatanah secara terperinci bagi seluruh Jajahan Bachok sehingga tahun 2020.

Rancangan Tempatan Jajahan Bachok 2020 mengandungi ;

* Peta Cadangan Gunatanah yang mengandungi cadangan pembangunan gunatanah dan fizikal secara terperinci mengikut lot.
* Pernyataan Bertulis yang menyatakan semua cadangan pembangunan gunatanah fizikal secara bertulis untuk tujuan menjelaskan cadangan - cadangan yang terdapat di dalam Peta Cadangan Gunatanah.
* Pelan Subjek menunjukkan pelan cadangan pembangunan secara terperinci mengikut sektor.
* Pelan Sisipan menunjukkan cadangan - cadangan pembangunan yang terdapat di dalam pelan subjek melalui gambaran - gambaran, lukisan perspektif, ilustrasi, keluasan, lokasi dan sebagainya.
* Jadual Kelas Kegunaan Tanah menerangkan jenis dan aktiviti kegunaan tanah yang dibenarkan, dibenarkan dengan syarat dan tidak dibenarkan di setiap zon gunatanah di dalam RT J Bachok mengikut Blok Perancangan Kecil
* Piawaian Perancangan dan Garis Panduan Khusus mengandungi perincian perancangan seperti piawaian, reka bentuk umum dan keperluan spesifikasi untuk kebenaran merancang.

Laporan Rancangan Tempatan ini akan menjadikan panduan utama kepada semua pihak dalam merangka pembangunan di Jajahan Bachok sebagai '”MENJADIKAN JAJAHAN BACHOK KAWASAN PENEMPATAN YANG HARMONI DAN SEJAHTERA SERTA SEBAGAI DESTINASI PELANCONGAN ISLAM ".

1.0 PENGENALAN

Keperluan penyediaan Rancangan Tempatan Jajahan Bachok 2020

Laporan Rancangan Tempatan Jajahan Bachok merupakan satu dokumen perancangan yang menyatakan semua cadangan pembangunan gunatanah dan fizikal secara terperinci mengikut lot tanah bagi seluruh Jajahan Bachok menjelang tahun 2020. RTJ Bachok disediakan mengikut peruntukkan Seksyen 12(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976.

Penyediaan RTJ Bachok telah melalui beberapa peringkat kajian dan perlu dipublisitikan kepada orang awam untuk mendapatkan maklumbalas dan bantahan mengenai isi kandungannya [Seksyen 13(1)]. RTJ Bachok ini kemudiannya akan diwartakan selepas diluluskan oleh Jawatankuasa Perancangan Negeri Kelantan [Seksyen 15(1)] dan akan mengantikan semua Rancangan Tempatan terdahulu yang telah disediakan dalam kawasan Jajahan Bachok di bawah peruntukkan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976.

Kajian ini disediakan dengan mengambilkira Penilaian Kemampanan dalam menyelaras semua cadangan pembangunan di Jajahan Bachok. Semua cadangan telah dipastikan selari dengan matlamat pembangunan gunatanah, alam sekitar, sosial, ekonomi dan sebagainya.

HALATUJU PEMBANGUNAN BACHOK - KAWASAN JELAWAT



PEMBANGUNAN

Dalam tempoh ini, Jajahan Bachok kini mulai pesat membangun. Banyak projek-projek pembangunan telah dilaksanakan seperti pembinaan pejabat kerajaan, sekolah dan rumah kediaman persendirian. Di samping itu penglibatan sektor swasta juga turut menceriakan arus pembangunan. Jajahan Bachok melalui projek perumahan dan bangunan perniagaan samada melalui usahasama dengan Majlis Daerah Bachok dan persendirian.

Gunatanah Semasa Jajahan Bachok

Komposisi Gunatanah bagi jajahan bachok:

*15% gunatanah telah dimajukan untuk pembangunan.
*37.1% gunatanah berhalangan (tanaman padi, rezab hutan & badan air).
*47.9% gunatanah berpotensi untuk pembangunan masa hadapan (Tanah Pertanian, bekas lombong, tanah kosong/belukar).

* Kawasan tepu bina Bachok tertumpu di kawasan:
o Pusat Jajahan - Bandar Bachok.
o Pusat tumpuan - Pekan Jelawat.


Halatuju Pembangunan Jajahan Bachok Berpotensi sebagai :

*Pusat Kecemerlangan Modal Insan.
*Pusat Pengeluar Sumber Gas.
*Pusat Pelancongan Pesisir Pantai.
*Pusat Perkhidmatan.
*Pusat Latihan Dan Kemahiran.

Kekuatan Jajahan Bachok:

*Bachok kaya dengan sumber kawasan pantai yang mampu dibangunkan bagi industri pelancongan.
*Masih terdapat tanah yang berpotensi untuk dimajukan di masa hadapan yang melibatkan tanah pertanian dan tanah kosong.
*Projek pembangunan yang komited akan menjadi pemangkin kepada kewujudan perkhidmatan lain yang berkaitan.
*Laluan jalan pesisiran pantai akan membantu aksessibiliti kepada sumber jajahan.
*Hampir separuh jajahan Bachok termasuk dalam kawasan konurbasi kota bharu.


Program ECER bagi jajahan Bachok

*Pembuatan :Program IKS memproses makanan produk perikanan
*Pendidikan :Inisiatif Utama-kampus cawangan
:Pusat Kerjasama Industri-Akademia


*Rancangan Fizikal Zon Pesisiran Pantai Negara (RFZPPN)
Menterjemahkan dasar dan strategi RFN dalam bentuk pelan pengezonan gunatanah bagi kawasan zon persisiran pantai di Semenanjung Malaysia.

*Rancangan tempatan jajahan (RTJ) Bachok

Dokumen rasmi yang mentafsir dasar dan cadangan umum yang terkandung dalam RS kepada bentuk fizikal yang lebih terperinci dan praktikal.

*Rancangan cawangan khas (RKK) jelawat
Rancangan pemajuan yang disediakan dalam masa yang singkat untuk tujuan pelaksanaan bagi mempercepatkan perancangan terperinci pekan Jelawat.


ANTARANYA :

*Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
*Hospital Daerah Bachok
*Kolej Kejururawatan
*Jajaran Jalan Pesisiran pantai
(Tok Bali –Bachok-kota Bharu-Pengkapalan Kubor )
oProjek laluan saluran gas (Kedah –Bachok)
oSekolah Kebangsaan Jelawat II

Pengenalan Draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Jelawat,bachok

Rancangan Kawasan Khas

RKK disediakan bagi tujuan menyegerakan satu rancangan pemajuan terperinci yang bercorak tempatan dan bagi kawasan yang mempunyai kepentingan khusus. Dalam menentukan pemilihan kawasan untuk penyediaan RKK, perlu diberi pertimbangan kepada dua (2) faktor iaitu kepentingan kawasan dan saiz kawasan RKK. Umumnya saiz keluasan RKK perlulah bersesuaian dan mudah urus (manageable), tertakluk kepada keperluan pihak berkuasa berkenaan. Sebagai panduan, dicadangkan saiz kawasan RKK yang melibatkan kawasan pembangunan / kawasan tepubina adalah tidak melebihi 100 hektar.


Keluasan Dan Lokasi

Kawasan yang tertakluk di bawah RKK Jelawat adalah berkeluasan 100.41 hektar (248.12 ekar). Ia terletak di bahagian selatan Daerah Bachok iaitu di dalam kawasan Gunong Timur, merangkumi tiga mukim iaitu Mukim Pekan Jelawat, sebahagian Mukim Bator dan Mukim Rusa. Kawasan kajian adalah di bawah pentadbiran Majlis Daerah Bachok (MDB).

Profil Penduduk

Jumlah penduduk semasa kawasan RKK dianggarkan seramai 2,300 orang. Penduduk bumiputera merupakan majoriti kaum yang mendiami kawasan RKK. Jumlah isirumah yang dianggarkan seramai 5.3 orang bagi setiap unit rumah kediaman berdasarkan Rancangan Struktur Bachok. Berdasarkan semakan gunatanah, didapati taburan bangunan dan rumah-rumah kediaman sediada adalah secara berselerak dan kebanyakannya tertumpu di Mukim Pekan Jelawat berbanding Mukim Rusa dan Mukim Bator.


Strategi Perancangan Rkk Jelawat

Asas pembentukan bagi strategi pembangunan RKK Jelawat terdiri daripada beberapa perkara utama iaitu:

* Isu-isu sektoral
* Cadangan Awal Sektoral
* Kesediaan dan kesesuaian tanah untuk pembangunan
* Penterjemahan dasar-dasar di peringkat
* Rancangan Tempatan (RT).

Strategi pembangunan RKK yang dicadangkan adalah seperti berikut:


* Pengekalan zon gunatanah perniagaan sediada dengan penambahbaikan dilakukan ke atas struktur bangunan, elemen lanskap dan perabot jalan.
* Bangunan perniagaan baru dicadangkan bagi menambah ruang perniagaan sediada bagi memenuhi keperluan ekonomi penduduk.
* Mencantikkan imej bandar melalui rekabentuk bandar yang menonjolkan ciri-ciri tempatan dengan mengintegrasikan dengan kawasan perniagaan baru.
* Menyusun semula gunatanah perumahan melalui penekanan penyediaan kawasan kediaman yang mampan dan lengkap dengan kemudahan bagi memenuhi keperluan komuniti.
* Menyediakan Skim Perumahan Mampu Milik seperti rumah kos rendah bersesuaian dengan taraf ekonomi penduduk setempat.
* Mengoptimakan penggunaan ruang di dalam setiap unit kejiranan agar menjadi lebih efektif dan efisien.
* Pengekalan fungsi dan hierarki jalan utama sediada di samping meningkatkan sistem rangkaiannya melalui penyediaan infrastruktur dan pengangkutan yang bersepadu.
* Mengadakan sistem jalan tempatan bagi meningkatkan tahap kebolehtelapan serta penyediaan laluan alternatif sebagai “On Turning Road”.
* Cadangan menaiktaraf jalan kampung dan rizab jalan sediada.
* Menekankan pembangunan yang tidak menjejaskan alam sekitar dengan menjadikan sungai sebagai kawasan lapang dan rekreasi. Pembangunan dicadangkan lebih terarah ke bahagian selatan kawasan RKK selaras dengan cadangan jalan baru Kampung Bator ke Kampung Sening dan kampus Universiti Malaysia Kelantan. Strategi yang telah digariskan ini adalah berdasarkan kepada faktor-faktor seperti mengekalkan tren pembangunan semasa dan projek komited, menggunakan sepenuhnya kemudahan infrastruktur sediada di sepanjang jalan-jalan utama dan menggalakkan pembangunan yang lebih terancang terutamanya di sepanjang koridor utama sediada yang mempunyai tekanan pembangunan yang tinggi.