Sunday, April 25, 2010

SEJARAH KAWASAN PEKAN JELAWAT-BACHOK

Sejarah
Asal-usul nama Jelawat

Lagenda Jelawat

Pekan Jelawat terletak berhampiran dengan Kampung Mujor dan Kampung Rusa. Mengikut cerita yang tak dapat dipastikan kesahihannya, pada zaman dahulu, pemburu telah datang ke sebuah tempat untuk memburu binatang. Sebelum memburu, mereka telah berselawat di sebuah kawasan yang kemudiannya dikenali sebagai Kampung Jelawat, sempena nama tempat berselawat.

Mujur

Mujur, juga dieja sebagai Mujor, ialah salah satu kampung di dalam jajahan Bachok, Kelantan. Pekan yang terdekat dengan Kampung Mujor ialah Pekan Jelawat dan Kampung Rusa. Mengikut cerita yang tak dapat dipastikan kesahihannya, pada zaman dahulu pemburu telah datang ke sebuah tempat untuk memburu binatang. Sebelum memburu, mereka telah berselawat di sebuah kawasan yang kemudiannya dikenali sebagai Kampung Jelawat, sempena nama tempat berselawat. Mereka kemudiannya berjumpa rusa di kawasan yang sekarang dikenali sebagai Kampung Rusa. Mereka telah mengejar rusa tersebut dan dapat menangkapnya di suatu kawasan sebelum hari gelap. Mereka bersyukur dan mengatakan, "Mujur dapat tangkap rusa sebelum malam". Kawasan itu sekarang dikenali sebagai Mujor.


Mujor adalah 30 kilometer dari Kota Bharu dan 7 kilometer dari Bachok. Kebanyakan pelancong, sama ada pelancong luar atau pelancong tempatan, yang ingin ke Tok Bali, iaitu salah satu pusat perikanan dan pusat peranginan yang paling terkenal di negeri Kelantan, mempunyai dua laluan, iaitu Jalan Kampung Kandis dan Jalan Beris Lalang. Dengan meggunakan Jalan Beris Lalang, pelancong akan melepasi Kampung Mujor, Kampung Alor Pulai, dan Kampung Beris Lalang. Dari Kampung Mujor ke Tok Bali mengambil masa selama 30 minit. Pemburu juga telah memburu badak di kampung Badak, dan badak yang tercedera itu kemudiannya telah ditemui di sebuah tempat yang kini dikenali sebagai Kampung Badak Mati.


Kanak-kanak di Kampung Mujor yang berumur 6 tahun akan dihantar ke Tadika Kemas yang berdekatan. Apabila mereka berumur 7 tahun, mereka akan dihantar ke sekolah rendah yang berdekatan untuk memasuki darjah satu, sama ada Sekolah Kebangsaan Seneng atau Sekolah Kebangsaan Jelawat. Semasa berada di darjah enam, mereka diwajibkan mengambil Ujian Penilaian Menengah Rendah (UPSR). Berdasarkan keputusan UPSR, mereka akan menyambung persekolahan di sekolah menengah yang mereka pilih. Bagi pelajar yang mencatat keputusan yang cemerlang dalam UPSR, mereka akan memohon untuk menyambung persekolahan di sekolah berasrama penuh. Bagi yang mencatat keputusan yang kurang baik, mereka akan menyambung persekolahan di sekolah menengah yang berdekatan, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Jelawat atau Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Perdana.

Dalam Wilayah Pembangunan Pantai Timur (ECER), Kampung Mujor termasuk sebagai kawasan yang akan didirikan Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Ini secara tidak langsung akan meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk Kampung Mujor.


Universiti Malaysia Kelantan

Universiti Malaysia Kelantan (Inggeris: University of Malaysia Kelantan) (UMK) secara rasminya berada dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Ia merupakan institut pengajian tinggi awam yang ke-19 di Malaysia dan memulakan pengambilan pelajar pada awal Jun 2007. Terkini, universiti ini mempunyai tiga buah fakulti dan satu pusat pengajian untuk digunakan oleh para penuntut universiti ini.

Buat masa ini, UMK menumpang di Institut Perguruan Kota Bharu, Kota Bharu, Kelantan. Kampus utama UMK akan terletak di Bachok, manakala kampus cawangannya terletak di Jeli. Kedua-dua kampus tersebut masih dalam peringkat pembinaan dan dijangka siap pada tahun 2012.

Penubuhan universiti awam di Kelantan diumumkan oleh Perdana Menteri, pada 31 Mac 2006 setelah mendapat kelulusan Kabinet pada Jun 2006.

Prof. Dato' Ir. Dr. Zainai Mohamed telah dilantik sebagai naib canselor pertama Universiti Malaysia Kelantan, berkuatkuasa 1 Oktober 2006. Anak kelahiran Kelantan ini merupakan bekas Timbalan Rektor Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

Menjelang Julai 2010, Universiti Malaysia Kelantan dijangka mampu menampung seramai 2,160 pelajar di samping 135 orang kakitangan akademik serta 148 orang kakitangan bukan akademik.

* Fakulti Agro-Industri dan Sumber Asli
* Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan
* Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan
* Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insan

No comments:

Post a Comment