Sunday, April 25, 2010

Rancangan Tempatan Jajahan Bachok 2020

PRAKATA

Rancangan Tempatan Jajahan Bachok ini disediakan di bawah peruntukkan Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 (Akta 172) merupakan satu dokumen perancangan dan pembangunan gunatanah secara terperinci bagi seluruh Jajahan Bachok sehingga tahun 2020.

Rancangan Tempatan Jajahan Bachok 2020 mengandungi ;

* Peta Cadangan Gunatanah yang mengandungi cadangan pembangunan gunatanah dan fizikal secara terperinci mengikut lot.
* Pernyataan Bertulis yang menyatakan semua cadangan pembangunan gunatanah fizikal secara bertulis untuk tujuan menjelaskan cadangan - cadangan yang terdapat di dalam Peta Cadangan Gunatanah.
* Pelan Subjek menunjukkan pelan cadangan pembangunan secara terperinci mengikut sektor.
* Pelan Sisipan menunjukkan cadangan - cadangan pembangunan yang terdapat di dalam pelan subjek melalui gambaran - gambaran, lukisan perspektif, ilustrasi, keluasan, lokasi dan sebagainya.
* Jadual Kelas Kegunaan Tanah menerangkan jenis dan aktiviti kegunaan tanah yang dibenarkan, dibenarkan dengan syarat dan tidak dibenarkan di setiap zon gunatanah di dalam RT J Bachok mengikut Blok Perancangan Kecil
* Piawaian Perancangan dan Garis Panduan Khusus mengandungi perincian perancangan seperti piawaian, reka bentuk umum dan keperluan spesifikasi untuk kebenaran merancang.

Laporan Rancangan Tempatan ini akan menjadikan panduan utama kepada semua pihak dalam merangka pembangunan di Jajahan Bachok sebagai '”MENJADIKAN JAJAHAN BACHOK KAWASAN PENEMPATAN YANG HARMONI DAN SEJAHTERA SERTA SEBAGAI DESTINASI PELANCONGAN ISLAM ".

1.0 PENGENALAN

Keperluan penyediaan Rancangan Tempatan Jajahan Bachok 2020

Laporan Rancangan Tempatan Jajahan Bachok merupakan satu dokumen perancangan yang menyatakan semua cadangan pembangunan gunatanah dan fizikal secara terperinci mengikut lot tanah bagi seluruh Jajahan Bachok menjelang tahun 2020. RTJ Bachok disediakan mengikut peruntukkan Seksyen 12(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976.

Penyediaan RTJ Bachok telah melalui beberapa peringkat kajian dan perlu dipublisitikan kepada orang awam untuk mendapatkan maklumbalas dan bantahan mengenai isi kandungannya [Seksyen 13(1)]. RTJ Bachok ini kemudiannya akan diwartakan selepas diluluskan oleh Jawatankuasa Perancangan Negeri Kelantan [Seksyen 15(1)] dan akan mengantikan semua Rancangan Tempatan terdahulu yang telah disediakan dalam kawasan Jajahan Bachok di bawah peruntukkan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976.

Kajian ini disediakan dengan mengambilkira Penilaian Kemampanan dalam menyelaras semua cadangan pembangunan di Jajahan Bachok. Semua cadangan telah dipastikan selari dengan matlamat pembangunan gunatanah, alam sekitar, sosial, ekonomi dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment